Wednesday, February 24, 2010

Home Made Chocolate

Cantik x coklat2 nih????
Aku igt nk amek kelas wat menda ni lah!


Kazen aku btng laswik dia ader order menda nih. Cantik sgt. Tu aku berkenan tuh!
 

Aku nk promote la nih. Wpon yg wat bkn kwn aku, hy kwn kpd kazen aku, tp klu ader saper2 berminat leh klik nama Ayin nih! Tgokla sendiri blog dia. Aku dh bjya suggest 1 set kat kazen aku Uji utk adik ipar dia nk tng. Pening sgt xtau bg aper, ha... Aku suh bg yg ala2 cani... Hehehe. Cupcake pon dia ader wat gak klu xsilap!.

Resipi Telur Scrambler

Hahaha.
Nak citer la ni.
Resipi ni baru jer aku bljr.
Dari kazen aku Uji.
Somi dia py idea (myb orglen dh buat dlu kot).
Resipi ni sgt simple.
Amat sgtlah sesuai utk org2 yg mempunyai penyakit "M".
Taukan penyakit aper? Hehehe.
Or utk org2 yg dh lapar sgt tp lauk lak ilek @ xader lgsg lauk!.
Memerlukan ms dlm 10 min shj.
Mudahkan????
So leh try dis recipe.
Mmg best!!!!
Bhn2:
1) 2 biji telur
2) Bawang merah ikut suka nk byk mn
3) Bawang putih 1 biji saje
4) Cili api/padi pon ikut suka gak (ikut ketahanan pds msg2)
Caranya:
1) Tumbukkan kesemua bhn2 di atas (lumat mn pon suka korg lah!)
2) Pnskan minyak, tumiskan bhn2 yg dah ditumbuk tuh.
3) Dah garing, pecahkan telur, hancur2kan. Jgn biar kering sgt, telur bsh2 sket br sedap!Masukkan garam, gula & serbuk perasa sket.
4) Dah siap hidangkan. Mkn ngn kicap kipas udang pon lg sodap.......
Selamat mencuba yer akak2, adik2, abg2, bapak2 & ibu2....

Monday, February 22, 2010

Hadiah Untuk Najla

Gambar sewaktu Najla berusia 21 hari.
Ader lg hadiah xsempat amik gmbr...
Yg ni jer ader!
Rasa cepatnya masa berlalu.
Semua msh segar dlm ingatan. Kpd yg memberi hadiah,
Terima kasih untuk semua!

Wednesday, February 17, 2010

Selamat Bertunang Ayu & Yazid

14 Februari 2010...
Sepupuku Ayu razali selamat ditunangkan dgn kekasih hatinya Yazid Sabri.
So aku tlg watkan puding roti marble utk Ayu sbg hantaran kpd pihak laki.
Aku dtg tgahari & blk ptg.
Tp mmg pnt.
Dgn cuaca yg pns. Berpeluh2 gak aku.
Dah la berbaju kurung. Ish!
Semoga Ayu & Yazid kekal smpi ke jinjang pelamin.

Kenangan Mengusik Jiwa

03 September 2005
Hari Pertunangan Zura & Emi
Masih segar di ingatan
"Kita Ditakdirkan Bersama"

12 BARISAN MANUSIA MENUJU KE AKHIRAT

Barisan Pertama

Diiringi dari kubur dalam keadaan tidak bertangan & berkaki. Keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah SWT: “Mereka orang-orang yang menyakiti hati jiran mereka. Mereka yang sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan di dunia mahu pun di akhirat”. Firman Allah “Aku akan memalingkan hati orang yang sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayatKu (yang menunjukkan kekuasaanKu), itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka”.

Barisan Kedua

Diiringi dari kubur dalam bentuk babi hutan datang seruan Allah “Mereka orang yang meringan-ringankan solat sewaktu hidup, sesungguhnya orang yang memelihara solat lima waktu akan dihindari dari seksa kubur sebaliknya, mereka yang mengabaikan maka waktu dia mati, mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk”. Rasulullah SAW bersabda “Sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat, maka diletakkan semua dosanya di atas kepala & kedua-dua bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, gugurlah dosa-dosa itu”.

Barisan Ketiga

Diiringi dari kubur dengan bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking. “Mereka adalah orang yang enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dalam orang yang berkemampuan. Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka”.

Barisan Keempat

Diiringi dari kubur dalam keadaan darah memancut keluar dari mulut. “Mereka adalah antara orang yang suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yang diperoleh datang dari sumber yang halal”.

Barisan Kelima

Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman padang mahsyar. “Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. Inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka”.

Barisan Keenam

Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yang dahulunya menjadi saksi palsu.


Barisan Ketujuh

Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. Mereka ini adalah orang yang enggan memberi kesaksian kebenaran.

Barisan Kelapan

Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik, kepala ke bawah & kaki ke atas. Mereka adalah orang yang melakukan zina. Tempat mereka juga adalah neraka. Sabda Rasulullah SAW “Tiada sunyi-sunyian antara seorang lelaki & wanita, melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka”.

Barisan Kesembilan

Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh, mereka adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.

Barisan Kesepuluh

Diiringi dari kubur dalam keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. Mereka ini adalah orang yang derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.

Barisan Kesebelas

Diiringi dari kubur dalam keadaan buta, gigi panjang seperti tanduk lembu jantan, bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yang menjijikkan. Mereka ini adalah orang yang minum arak sewaktu hidupnya.

Barisan Keduabelas

Diiringi dari kubur dengan wajah berseri-seri seperti bulan purnama. Mereka melalui titian Siratul Mustaqim seperti kilat. Datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan “Mereka semasa hidupnya adalah orang yang beramal soleh & melakukan kebaikan. Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat. Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah SWT”.

Setahun berlalu... Ayah dalam kenangan

Hari ni 17 Feb 2010, genaplah setahun ayah mertuaku kembali ke rahmatullah.
Rasa mcm pantasnya ms berlalu.
Msh terdengar2 lg rsnya arwah ayah memanggil2 nm anakku Najla dgn panggilan "Najwa", terkadang "Najiha" & mcm2 lg panggilan nm dek krn sshnya ayah nk menyebut nm "Najla".
Anakku pulak takot sgt ngn arwah ayah yg dipanggil "Odang" oleh cucu2nya.
Puasla ayah duk memanggil, ajak Najla bergurau, tetap xberjaya.
Sian ayah, cucunya yg sorg ni jual mhl....
2 mggu sblm ayah meninggal, aku & somi sempat melawat ayah di hospital.
Siapa sangka tahap kesihatan ayah yg beransur baik itu hanya seketika.
Tiba2 somi dpt panggilan mengatakan ayah nazak.
Aku di tmpt krj wkt itu makin risau.
Kelam kabut blk rumah, smpai2 somi gtau ayah dh xder.
Aku lihat somi mengalirkan air mata.
Mgkn sedih krn tidak sempat bertemu buat kali terakhir.
Begitulah ajal.
Saper pon xkn menduga.
Dlm perjalanan ke kmpg aku ckp pd somi, bwk kete biar tenang.
Jgn nnt kita yg bermasalah.
Yg pergi dh tentu pergi.
Mcm2 cite somi beritahu di dlm perjalanan...
Seakan xpcy ayah telah tiada.

 
Gambar arwah ayah bersama abg ipar, sblm abg ipar bertolak menunaikan haji.

Smg arwah ayah tenang di alam sn.
Hy doa yg dpt kukirimkan.
Smg ayah ditempatkan di kalangan hamba2Nya yg soleh.
Ayah, walaupon pertemuan kita hy seketika cuma, tapi aku gembira krn swktu ayah skt, tgnku ini pernah menyuapkan ayah mkn.....
Al Fatihah.

Tuesday, February 16, 2010

Cuti Tahun Baru Cina

Cuti raye cine 15Feb 2010, aku ngan family g picnic kat Kalumpang.
Ktorg g 6 kete sumenya.
Ngan sedara mara sume.
Btlk pg dr umah 7.30 pagi.
Jauh gaklah nk sampai sn.
Tp Ya Allah..
Ramainyer umat manusia.
Park kete xder!!!
Dorg pon suka2 ltk kat bahu jln.
Ms berselisih, sendiri mau igtla...
Hehehe.
Maapla klu tercalar di sn cni. Huhuhu.
Aku dr mlm dh siapkan ayam yg diperap sate.
Gmbr bwh antara riang ria semasa mandi manda di sn....

 
Mak & makcik2 ngumpat ker??? Hehehe. Sempat lg msk2 kt sn. Best!!!
 
Adik2ku Ibin & Erul. Gila posing aper???? Muka korg jer...
 
Somiku, Emi. Knp mandi2 kat celah2 batu tu Sayang???? Skodeng aweq yer???? Kantoiii...
 
Anak buahku, Danial & ayahnya Nazri. Suke dia main ayaq yer!!!

Mkn2, msk2... Great!!!!!! Kenyang giler!!!

Makcik2 yg last2 turun mandi gak...

Najla mkn ayam yg Ummi bkr. Sdp tau. Xcaya ker???

Najla & Abi. Mule2 Najla takot mandi, lm2 ok lak..

Abi & Najla.. Abi dah salin baju. Mandi jap jer. Lbhnya nk tdo kan??? Kan kan???
Dlm kul 3 ptg ktorg blk. Sggah jap masjid terdekat solat Zuhur.
Otw blk... Serius.. Mengantok tahap gaban!!!
Sebbek aku xdrive. Adik ipar drive, huby duk sblh.
Tahan jer mata xtdo. Menemankan Nazri.
Lenkali ader rezeki nk g lg lah...

Friday, February 12, 2010

Rawatan Darul Syifa

Walaupon dh 2 hari berlalu, tp aku ttp nk bercerita.
Rabu pas, dlm kul 8.15 mlm aku diajak utk temankan sorg makcik aku nih.
Dia ckp dh lm sgt bdn dia skt byk angin. Pedih jer perut.
Aku pnh syor berubat cara Islam ngn sorg ustaz nih.
Lm dia fkr tu yg Rabu pas makcik & 2 org anak daranya dtg ke umah menjemput aku.
Suami aku xikut, g men badminton.
Suami htr aku smpai luar umah jer, jdla...
Mak aku pon ikut sm.
Smpai kt sn area 8.25 mlm.
Xjauh pon umah ustaz dari umah aku.
Sampai sn ustaz ty saper nk berubat.
Pastu dia der cite sket2 klu ader yg nk berubat utk ganggaun, xelok ader budak kecik, klu org bsr pon kdg ader yg kna tempias.
Tp aku xkshla, tujuan makcik aku dtg nk berubat hilangkan angin dlm bdn jer.
Smpaila ms ustaz mulakan mengubat, ustaz baca ayat2 Quran.
Sblm tuh ustaz mtk yg ader kt sn aminkan bacaan.
Sdh aku ngn yg lain aminkan, tb2 makcik aku menjerit sekuat ati smbl ngs meraung2 mcm dlm ksedihan sgt! Ms tuh ustaz sebut nama makcik.
Aku terkejut. Aku tgk muka ustaz dh lain mcm. Myb dia tau per yg dia rs.
Aku risau sbb anak aku ader. Kalau aku tau makcik ader mslh mcm tuh, aku xbwk anak aku.
Takut aku tgk. Mngs mkin kuat.
Ustaz lak dr duduk atas kerusi trun duk bwh.
Smbl baca ayat2 ustaz ader berinteraksi dgn "benda' yg ader dlm bdn makcik.
Ustaz tengking2 "benda' tuh, mrh....
Ustaz ty "Ko Islam ker kafir? Saper nama ko? Ko nk masuk syurga ker neraka?...".
Byk lg la yg ustaz ty. Aku tgk jer.. (dlm ati Tuhan jer yg tau).
Aku ms tuh dh seram jer. Knp ngn makcik aku???
Anak lak xleh duk diam, risau lak terkena nnt mcm yg ustaz ckp.
Xlm tuh ustaz tepuk blkg bdm makcik, terus dia termuntah2. Byk sgt muntah.
Smbil tepuk ustaz ckp "Keluar! Keluar!...".
Aku yg dgr pon ngeri......
Sejam berubat, "benda' tuh kua jgk.
Alhamdulillah.
Patu makcik terus pnt. Dia mtk air. Haus sgt katanya. Lapar.
Tu lah yg nk aku citer. Pglmn pertama beb...
Slma ni tgk kt tv jer tgk org berubat.
Ni dpn mata sendiri. Gigil lutut!
Yg kelakarnya, aku jd takot. Nk tdo pon seram teringat-ingat.
Soknya ustaz suh anak-anaknya dtg umah makcik utk rawat rumah pulak.
Anak-anak ustaz pon leh wat rawatan Darul Syifa nih.
Hari ni, makcik dh cht. Dia ckp bdn pon dh xskt lg. Klau x brt jer rs.
Alhamdulillah....
Sesaper yg ader mslh, ingin wat rawatan leh berhubung dgn:
Ust. Azizan-019 2036367
Ust. Shahruzzad (anak)-019 2561037
Boleh merawat pelbagai masalah dengan izin Allah Taala. Bkn setakat gangguan saje, anak dmm, jodoh lmbt, skt2 kronik dll. Sumer boleh diusahakan dgn doa & izinNya. InsyaAllah.

Monday, February 8, 2010

Penunggu

Penunggu????
Penunggu aper???? Takotnyer!!!!
Bkn nk ckp psl penunggu a.k.a Encik Han Dot Dot Dot.
Tp nk gtau akulah PENUNNGUnya! Hahaha.
Aku menunggu somiku tsyg blk umahla.
Dia g futsal nih.
Jgn blk kang injured lg.
Aku ngeri tgk drh ni. Ngilu la. Cam mggu pas. Eee...
Dh tu suar koyak2. Cam roti kirai jer!
Hehehe.
Tiap mlm la aku jd penunngu.
Atau ayat lain, penanti. Hehehe.
Somi tuh, mlm ni futsal, sok kang futsal, lusa badminton.
Tulat kang futsal lg.
Sebbek dpt org umh yg sporting tau.
Xrugi kawen ngn aku yea.
Hehehe.
Nk mrh tu idak ler.
Lantakla nk main per pon.
Asal igt jln blk umh!!! Huhuhu.
Eee, lmbtnyer somi aku yg ensem ni nk smpai.
(Aderla yg cebik2 tuh! Dh somi aku suker akula nk puji. Somi korg korg pujilah sndri! Aku xkuasa nk puji bg phk korg. Hahaha).
Bosan xtau nk sembang ngn saper.
Tp tu la, somi blk kang suker lak aku nyakatnyer!
Kdg somi pon mls nk layan aku yg otak mereng nih.
Eleh somi aku tuh.
Control jer lbh.
Pdhl nk ktwa bl aku wat lawak.
Sj la tuh xnk ngaku yg aku mmg lawak.
Hikhikhik.
Nsb la En Emi dpt aku.
Untung2 umah xsunyi. Kan kan kan?????
Tp bl aku majuk kan, umah akan suram ngn suaraku yg mendayu2 nih.
Somi aku mulerla gabra!
Tp pujuk xnk! Huh!!!!
Kul 9 mlm dh. Wkt nih somi br hbs main, br nk grk blk.
Isy! Nyamuk ni. Kacau jer!!! Ko pon nk kwn ngn aku ker????
Kwn, tp drh aku ko isap. Xnk la kwn ko!!!!
Oh En Emi, cptlah kau tiba......
Rindula!!!!!!!
Eh, call in la...
"Abi Sayang" call la..
Kt Shah Alam, stop solat jap pastu trus blk.
Yes... dgr suara dh ilang rindu dh.......
Im waitin 4 u huby...............

Monday, February 1, 2010

NUR AZYAN NAJLA

Nur Azyan Najla.
Itulah nm puteriku yg sgt aku & somi sygi.
Tanggal 13 Julai 2007 lahirlah dia ke dunia, pd pg Jumaat yg hening.
Ms tu aku rs bersyukur sgt!
Wpon tpksa bertarung nyawa, menahan kesakitan selama 10 jam, tp lahirnyer dia ke dunia, seakan hilang sgl rs sakit yg aku rasai.
Takjubnyer menjadi sorg wanita!
Nur Azyan Najla.
Cahaya-Perhiasan-Mata yg cantik
Itulah mksd nama Nur Azyan Najla.
Nama yg diberi aku & somi.
Hari ini, dia membesar di dpn mata.
Gembiranyer menjadi sorg wanita.
Bergelar isteri & ibu.
Terima kasih pdMu Tuhan.
Memberiku peluang menjadi sorg ibu.
Btp aku merasai nikmatnyer.
Najla yg bijak, Najla yg cerdik & Najla yg periang!
Smg nnt dia menjadi sorg yg berguna.
InsyaAllah.
Nur Azyan Najla.
Ummi & Abi amat mengasihimu Sayang!

** WeLcOmE tO My BlOg Ya!!! **

Trm ksh kpd yg sudi menjengah blog aku ini. Hanya blog biase, tiada yg istimewa! Blog ini hanya sekadar tmpt aku menulis, tmpt aku merapu. Jgk tmpt tmn2 terakrabku bertandang. Bkn utk diwar2kan kpd sspe atau mempromosikan ape2. TIDAK PERLU utk sume org tahu akn kewujudan blog ini jgk. So. Kpd yg TERsinggah & TERbace tu trm ksh jgk krn sudi menjengah. Yg tak sudi tu silalah duduk diam2 atau keluar saje drp blog ini, krn TIADA sspe yg MEMAKSA anda dtg ke blog ini. Jika kite boleh berkawan itu lebih baik. Salam perkenalan. Hrp maklum. SARANGHEO!

Related Posts with Thumbnails
Related Posts with Thumbnails