Wednesday, February 17, 2010

12 BARISAN MANUSIA MENUJU KE AKHIRAT

Barisan Pertama

Diiringi dari kubur dalam keadaan tidak bertangan & berkaki. Keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah SWT: “Mereka orang-orang yang menyakiti hati jiran mereka. Mereka yang sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan di dunia mahu pun di akhirat”. Firman Allah “Aku akan memalingkan hati orang yang sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayatKu (yang menunjukkan kekuasaanKu), itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka”.

Barisan Kedua

Diiringi dari kubur dalam bentuk babi hutan datang seruan Allah “Mereka orang yang meringan-ringankan solat sewaktu hidup, sesungguhnya orang yang memelihara solat lima waktu akan dihindari dari seksa kubur sebaliknya, mereka yang mengabaikan maka waktu dia mati, mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk”. Rasulullah SAW bersabda “Sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat, maka diletakkan semua dosanya di atas kepala & kedua-dua bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, gugurlah dosa-dosa itu”.

Barisan Ketiga

Diiringi dari kubur dengan bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking. “Mereka adalah orang yang enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dalam orang yang berkemampuan. Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka”.

Barisan Keempat

Diiringi dari kubur dalam keadaan darah memancut keluar dari mulut. “Mereka adalah antara orang yang suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yang diperoleh datang dari sumber yang halal”.

Barisan Kelima

Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman padang mahsyar. “Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. Inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka”.

Barisan Keenam

Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yang dahulunya menjadi saksi palsu.


Barisan Ketujuh

Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. Mereka ini adalah orang yang enggan memberi kesaksian kebenaran.

Barisan Kelapan

Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik, kepala ke bawah & kaki ke atas. Mereka adalah orang yang melakukan zina. Tempat mereka juga adalah neraka. Sabda Rasulullah SAW “Tiada sunyi-sunyian antara seorang lelaki & wanita, melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka”.

Barisan Kesembilan

Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh, mereka adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.

Barisan Kesepuluh

Diiringi dari kubur dalam keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. Mereka ini adalah orang yang derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.

Barisan Kesebelas

Diiringi dari kubur dalam keadaan buta, gigi panjang seperti tanduk lembu jantan, bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yang menjijikkan. Mereka ini adalah orang yang minum arak sewaktu hidupnya.

Barisan Keduabelas

Diiringi dari kubur dengan wajah berseri-seri seperti bulan purnama. Mereka melalui titian Siratul Mustaqim seperti kilat. Datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan “Mereka semasa hidupnya adalah orang yang beramal soleh & melakukan kebaikan. Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat. Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah SWT”.

2 comments:

  1. besnyee..terime kasih for the info. n sgt menggerunkan bile bace. ayu nk copy ltk kt blog boleh? hehe

    p/s: rindu ah najla! hehe

    ReplyDelete

** WeLcOmE tO My BlOg Ya!!! **

Trm ksh kpd yg sudi menjengah blog aku ini. Hanya blog biase, tiada yg istimewa! Blog ini hanya sekadar tmpt aku menulis, tmpt aku merapu. Jgk tmpt tmn2 terakrabku bertandang. Bkn utk diwar2kan kpd sspe atau mempromosikan ape2. TIDAK PERLU utk sume org tahu akn kewujudan blog ini jgk. So. Kpd yg TERsinggah & TERbace tu trm ksh jgk krn sudi menjengah. Yg tak sudi tu silalah duduk diam2 atau keluar saje drp blog ini, krn TIADA sspe yg MEMAKSA anda dtg ke blog ini. Jika kite boleh berkawan itu lebih baik. Salam perkenalan. Hrp maklum. SARANGHEO!

Related Posts with Thumbnails
Related Posts with Thumbnails