Thursday, December 3, 2009

Pantun Keluarga Mohd Ali & Ariyah

Nak dgr pantun? Bkn pantun 2 kerat, bkn jgk pantun 4 kerat.
Tp tahla, pantun berkerat2 kot.
Pantun ms Majlis Kumpul Waris Hjh. Che Lun Bt Tompang di Kesang, Jasin pd 28 Okt 2009.
Pantun ni kan kak ipar aku yg create tau. Mlm sblm mjls aku dok pelik lak.
Alang Eda aku tu asekla dok ty itu ini. Dia ty Emi bilal ker kt surau.
Dia ty aku kawen dulu ker Jaja dulu. Pastu dok pgg kertas ngan pen lak tuh!
Btmbh2 musykil aku. Tak lm tu br kak ipar aku yg sorg tu gtau.
Alang Eda ngah wat pantun rupenyer. Mmm.. patut la pon.
Ty mcm2, preparation tuk soknyer yea...
Lewat gak Alang Eda tdo mlm tu. Mengerah keringat gamaknya!!!! Hehehe.
Jgn tdo mlm pon ngigau berpantun ngn Abg Lan udah!
Ms mjls bermula, ktorg fmly ke 3 yg memperkenalkn diri.
Yg len perkenal diri sendiri.
Tp ktorg spesel sket. Alang Eda pulun sumer!
Ader gaya la Alang. Almaklum... cikgu bsrkn..
Ktorg jas agkt tgn jer bl pantun ttg ktorg dibacakn oleh cikgu kiter tu.
Mudah & sng kan???? Hehehe.
Pasti ader yg jeles... Huhuhu. Ha, bwh ni gmbr ktorg ms sesi berpantun tuh.
Mn yg lawak tu ktorg pakat gelak ramai2.
Alang Alang... wat lawak gak eyh???? Inilah keluarga bahgia ktorg.
Tp Kak Ngah Jannah xder, g Mekah tunai haji smbl bekerja.
Dia kerja ngan Astro. Kak Long Nizah lak busy kot.
Anak nk SPM. Tak dpt join udhnyer...

Ha, bwh ni lah pantun yg aku gtau td. Amcm? Ok gakkan.. Tq Alang!!!

Awal Bismillah pembuka bicara,
Selamat Datang Salam Sejahtera,
Hari Keluarga dan Hari Raya,
Tahniah diucap buat semua.

Tiba giliran keluarga Ariyah,
Izinkan saya untuk mewakili;
Walaupun kami ketiadaan ayah,
Kenangan bersamamu tetap di hati.

Warna hijau tema kami,
Pilihan bonda sejak dahulu;
Warna Islam warna bumi,
Tenang dan sejuk pakailah selalu.

Hajjah Ariyah aset kami,
Dialah emak dan nenek terbaik;
Pengorbananmu banyak tidak terperi,
Idola kami setiap detik.

Arwah Mohd Ali ayah penyabar,
Banyak berjasa selama hayatnya;
Menyayangi cucu kecil dan besar,
Semoga Allah mencucuri rahmatNya.

Kami semua 9 beradik,
Yang nombor 1 namanya Rohana;
Masih single orangnya cantik;
Hobinya gemar pergi berkelana.

Along Ana kerja kerani,
Tinggal di kuarters Putrajaya;
Di Cheras ada rumah sendiri,
Siapa dapat cuci kaki.

Anak ke-2 Abu Bakar,
Isterinya Nur Jannah di tanah suci;
Beliau suka buat kelakar,
Kalau bercerita tak kering gusi.

Anak Bakar ada 3 orang,
Yang sulung bernama Mohd. Amir Farid;
Farah dan Solihin adik penyayang,
Mereka suka senyum meleret.

Anak ke-3 saya sendiri,
Rohaidah nama diberi;
Roslan Mat Tahar nama suami,
Berulang ke Johor mencari rezeki.

Kami punya 5 cahaya mata,
Rohaizzad belajar di UTHM;
Rose Idayu pula anak ke-2,
Pelajar UTP sedang praktikum.

Yang ke-3 Rose Emilda,
Tingkatan 4 di Teknik Sepang;
Rohisyam adiknya hensem ada,
Rozaidi si adik asyik nak menang.

Anak seterusnya Along Nizah,
Amran Hamid nama suaminya;
Pulau Gadong tempat yang indah,
Di situlah tinggal seisi keluarganya.

Along mempunyai 2 orang buah hati,
Afri si buah hati pertama;
Maaf tak dapat hadir anak SPM ulangkaji,
Adiknya bernama Arnidia.

Nor Aizam anak seterusnya,
Isterinya Nor Azalina nama macam serupa;
Duduk di Beranang sekian lama,
Mempunyai 3 orang anak teruna.

Anak pertama Nasrul Aiman,
Nak periksa UPSR tahun depan;
Nabil Zikri hero kesayangan,
Adik Akmar terkenal tampan.

Anita Mak Lang paling dermawan,
Disayangi oleh anak-anak buahnya;
Pak Lang Jurie pun tiada tandingan,
Sekali bersuara banyak ilmunya.

Semalam Ita beritahu saya,
Nama bakal putera-puterinya;
Tapi itu semua rahsia,
Doa-doakan moga dimakbulkan segera.

Anak seterusnya Pakcik Azmi,
Isterinya Nor Azura orang Klang;
Jaguh bowling seantero negeri,
Selalu ke surau bila sembahyang.

Nur Azyan Najla permata hati,
Cute comel pandai bergaya;
Sepupu-sepupu sangat meminati,
Tanyalah mereka kalau tak percaya.

Anak second last ialah Zanariah,
Mak Teh Jaja nama timangan;
Tinggi lampai cantik bergaya,
Mengemas rumah itulah kegemaran.

Pendatang terbaru Pak Teh Zairul,
Pakar IT di pejabat MAIM;
Kalau bercakap berbakul-bakul,
Riuh rendah seluruh Jasin.

Anak bongsu Maksu Ella,
Nama sebenarnya ialah Suhaili;
Belajar di Ipoh, di Lendu bekerja;
Dengan emak teman sejati.

Hobi Maksu masak spaghetti,
Kek cokelatnya jadi igauan;
Mak kata dia suka manjakan diri,
Tapi sebenarnya suka berkawan.

Demikian tadi kisah kami,
Anak cucu Ariyah mohon berundur;
Salah silap harap dimaafi,
Semuanya semata-mata untuk berhibur.
Abang, kakak dan adik janganlah marah,

Kalau tercuit di sana-sini;
Di Hari Keluarga kita bergembira,
Ada rezeki kita buat lagi.
Dua, tiga kucing berlari,

Mana nak sama si kucing belang;
Dua, tiga boleh kucari,
Mana nak sama encek Che' Lon seorang.

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dkenang juga.

2 comments:

  1. Kalau boleh nak tambah lagi pantun tu biar lebih jelas siapa Zura dll tapi masa tak mengizinkan. Next change okay.

    ReplyDelete
  2. TU PON DH OK LANG. DH BEST DH... :)

    ReplyDelete

** WeLcOmE tO My BlOg Ya!!! **

Trm ksh kpd yg sudi menjengah blog aku ini. Hanya blog biase, tiada yg istimewa! Blog ini hanya sekadar tmpt aku menulis, tmpt aku merapu. Jgk tmpt tmn2 terakrabku bertandang. Bkn utk diwar2kan kpd sspe atau mempromosikan ape2. TIDAK PERLU utk sume org tahu akn kewujudan blog ini jgk. So. Kpd yg TERsinggah & TERbace tu trm ksh jgk krn sudi menjengah. Yg tak sudi tu silalah duduk diam2 atau keluar saje drp blog ini, krn TIADA sspe yg MEMAKSA anda dtg ke blog ini. Jika kite boleh berkawan itu lebih baik. Salam perkenalan. Hrp maklum. SARANGHEO!
Related Posts with Thumbnails
Related Posts with Thumbnails