Wednesday, November 18, 2009

Mengandung Luar Rahim?

Ptg td aku trma sms drp besfren aku Fizah yg kt Tangkak. Dia gtau skrg dia kt Hospital Pantai br pas operate. Ruper2nyer dia mgndg luar rahim, br sebulan usia kndgn 2pon pas dia kencing berdarah, g cek kt klinik, scan doc gtau kndgn brda d luar rahim. Doc suh g hospital tkt rahim bengkak n pch. So b4 pch doc operate buang kndgn tu.. Sian dia. Fizah ckp skt sgt lbh dr skt bersalin nrml. Simpati pd Fizah. So aku pon crk artikel cne leh jd mgndg luar rahim. Tkt gak kan. Atlis kna amek tau.

Kehamilan luar rahim

Kehamilan bermula dengan telur yang disenyawakan. Telur ini dipanggil zigot. Lazimnya, zigot akan melekatkan dirinya sendiri ke lapisan uterus/rahim.
Bagaimanapun, dalam kes kandungan luar rahim atau di dalam istilah perubatannya dikenali sebagai kehamilan ektopik, zigot menyematkan dirinya di tempat lain (tertanam di luar rahim).
Menurut Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Pakar Putra, Batu Pahat, Johor, Dr. Chew Lay Boon, kandungan luar rahim merupakan satu komplikasi kehamilan di mana implantasi/penyematan sesuatu kandungan itu berlaku di luar ruang rahim.
‘‘Ia adalah sesuatu yang serius kerana boleh membawa maut, mengancam nyawa si ibu mahupun bayi yang dikandung, jika tidak dikesan dan diberikan rawatan awal.
‘‘Tiub fallopio – tiub yang membawa telur daripada ovari ke rahim merupakan tempat yang paling kerap berlakunya kandungan di luar rahim iaitu sekitar 98 peratus,’’ ujar beliau.
Kandungan luar rahim juga boleh berlaku di ovari, ligamen luas, kadangkala di ruang abdomen dan serviks/pangkal rahim yang boleh mengakibatkan berlakunya pendarahan vagina/faraj.
Seterusnya, pendarahan dalaman boleh terjadi jika tiub pecah menyebabkan sakit abdomen yang amat sangat.
Menurut Dr. Chew, insiden kandungan luar rahim telah meningkat di merata dunia sejak tiga dekad lalu. Kira-kira 1 peratus daripada semua kehamilan adalah kandungan luar rahim.
‘‘Ia menyebabkan 10 peratus kematian ibu mengandung dan merupakan penyebab utama kematian ibu mengandung di peringkat tiga bulan pertama (trimester pertama).
‘‘Secara umumnya, risiko kematian adalah dua daripada 1,000 kes kandungan luar rahim,’’ katanya.
*Tiub fallopio
Tiub fallopio kelihatan seperti paip berongga yang ditumbuhi oleh bulu-bulu kecil iaitu silia, pada dindingnya.
Silia ini bergerak seperti deruan ombak untuk menolak telur-telur ke dalam rahim. Tiub fallopio bolehlah dianggap seperti jalan raya utama untuk telur bergerak ke rahim.
Jika tiub tersebut tersumbat atau silia mengalami kerosakan, maka ini akan menggalakkan telur-telur tersebut terlekat dan tertanam pada dinding tiub.
‘‘Tiub fallopio tidak mempunyai ruang yang cukup untuk janin yang membesar. Kandungan luar rahim di kawasan ini tidak dapat menyokong janin untuk bertahan lama.
‘‘Dan akhirnya tiub fallopio itu akan pecah kerana uri janin itu akan menembusi dinding tiub.Ini boleh menyebabkan pendarahan dalaman yang teruk dan membahayakan nyawa ibu.
“Kadangkala, kandungan di penghujung tiub fallopio (bahagian ampula) boleh berakhir dengan keguguran (keguguran tubal),’’ jelas Dr. Chew. sambil menambah, kandungan yang berlaku di ovari dan serviks juga berakhir dengan pendarahan dan kematian janin.
Untuk kandungan luar rahim yang berlaku di ruang abdomen pula, kadang-kadang ia boleh membesar sehingga hampir cukup bulan. Akan tetapi, ia sangat jarang berlaku.
Punca, faktor risiko
Beberapa kajian menunjukkan bahawa kebanyakan kes kehamilan ektopik ini dikaitkan dengan parut yang terjadi hasil daripada jangkitan pada tiub.
‘‘Telur yang disenyawakan mengambil masa kira-kira lima hari untuk bergerak di sepanjang tiub fallopio ke dalam ruang rahim di mana implantasi berlaku.
‘‘Sebarang faktor yang mengganggu atau melambatkan pergerakan telur tersebut di sepanjang tiub fallopio boleh menyebabkan kandungan luar rahim,’’ kata Dr. Chew.
Antara faktor-faktor risikonya termasuklah; Penyakit inflamatori/keradangan pelvik/pinggul (PID) – Sejarah susah hamil – pernah melalui pembedahan di bahagian pelvis/ pinggul terutama sekali pembedahan ke atas tiup fallopio – Pernah berlaku kandungan luar rahim di tiub fallopio. Risiko berlaku semula kandungan luar rahim adalah 10 peratus – Penghamilan/konsepsi/penyuburan bantuan terutama sekali dengan in-vitro fertilization (IVF).
Lain-lain termasuklah; Mengandung dengan alat pencegah kehamilan dalam rahim (IUD). Alat dalam rahim sebenarnya mengurangkan risiko untuk kehamilan. Lima peratus kehamilan yang berlaku pada wanita yang menggunakan IUD berlaku di luar rahim – Kecacatan semula jadi pada tiub fallopio. Bagaimanapun, ramai wanita yang mengalami kandungan luar rahim tidak ada faktor risiko seperti di atas.
*Tanda-tanda klinikal
Pada mulanya, kehamilan ektopik mungkin kelihatan seperti kehamilan normal sahaja. Tanda dan gejala awalnya juga sama seperti kehamilan lain – tidak datang bulan, payudara terasa sakit apabila disentuh, lemah, loya dan muntah.
Biasanya, sakit perut dan pinggul menjadi petanda awal kehamilan luar rahim. Kandungan luar rahim, akui Dr. Chew, ada kalanya sukar dikesan disebabkan oleh tanda-tanda awalnya yang tidak ketara.
‘‘Biasanya presentasi klinikal berlaku antara lima hingga lapan minggu selepas haid yang terakhir. Tiga tanda yang biasa berlaku adalah sakit perut, lambat datang haid dan pendarahan melalui faraj.
‘‘Hampir 80 hingga 100 peratus pesakit kandungan luar rahim mengeluh kesakitan di perut, biasanya bahagian bawah. Dalam kes pendarahan teruk, seseorang itu boleh turut berasa sakit di bahu disebabkan oleh iritasi/kerengsaan darah ke atas saraf,’’ ujar beliau.
Tambahnya, ramai pesakit lambat datang haid antara dua hingga empat minggu. Akan tetapi, kira-kira 25 peratus kes tidak ada sejarah lambat datang bulan.
Pendarahan melalui faraj biasanya hanyalah sedikit. Tanda-tanda kehamilan seperti rasa mual, muntah dan sakit payudara berlaku pada sebilangan kecil pesakit.
Dalam kes pendarahan yang teruk ke dalam ruang abdomen pula, seseorang pesakit itu akan menunjukkan tanda-tanda seperti pitam, rasa pening dan sejuk, pucat serta tekanan darah rendah.
Pemeriksaan fizikal bergantung kepada sama ada kandungan luar rahim itu telah pecah atau sebaliknya. Sakit di bahagian perut ketika diperiksa merupakan tanda yang paling kerap berlaku.
Pemeriksaan pelvis pula menunjukkan rasa sakit ketika pelvik digerakkan. Saiz rahim biasanya normal atau sedikit membesar.
*Komplikasi, diagnosis
Komplikasi yang selalunya berlaku ialah pecah yang menyebabkan pendarahan dalaman. Keadaan ini boleh membawa kepada renjatan dan mungkin juga membawa maut.
Komplikasi lain ialah kemandulan yang berlaku kepada lebih 50 peratus wanita yang mempunyai sejarah mendapat kehamilan ektopik yang dirawat melalui pembedahan.
Sementara itu, ketepatan untuk diagnosis kandungan luar rahim berdasarkan presentasi klinikal hanyalah sekitar 50 peratus.
‘‘Jadi, intervensi yang berpatutan harus dilakukan berdasarkan indeks suspek yang tinggi. Ini bermakna, kemungkinan kandungan luar rahim mesti dikenal pasti apabila seseorang wanita yang masih subur mengeluh sakit perut dan lambat datang haid.
‘‘Ujian-ujian seperti ujian kencing untuk kehamilan (UPT), ujian darah untuk beta-human chorionic gonadotrophin (b-hCG) iaitu sejenis hormon yang dihasilkan oleh uri dan, pemeriksaan ultrasound telah banyak membantu untuk membuat diagnosis yang tepat,’’ terang Dr. Chew.
Ujian kencing dapat mengesan sama ada seseorang itu mengandung atau sebaliknya manakala pemeriksaan ultrasound terutamanya transvaginal (melalui faraj) dapat menunjukkan kandungan itu di dalam atau di luar rahim.
Untuk kes-kes tertentu di mana pesakit adalah stabil dan hamil kurang daripada enam minggu, ujian darah untuk b-hCG akan dilakukan setiap dua hari. Paras hormon ini bertambah dua kali ganda setiap dua hari untuk kandungan dalam rahim yang sihat.
‘‘Jika ia tidak bertambah atau berada pada paras yang lebih rendah daripada sepatutnya, kemungkinan seseorang itu mengalami kandungan luar rahim adalah tinggi,’’ katanya.
Untuk kes-kes tertentu, laparoskopi diperlukan bagi memastikan diagnosis. Walau bagaimanapun, hampir 3 peratus kandungan luar rahim masih tidak dapat dikesan.
*Rawatan
Dalam kebanyakan kes, rawatan adalah melalui pembedahan. Jika pesakit berada dalam keadaan renjatan, laparotomi mesti dilakukan secepat yang mungkin.
‘‘Keutamaannya adalah untuk memberhentikan pendarahan. Biasanya sebahagian daripada tiub fallopio tersebut akan dibuang (salpingektomi separa).
‘‘Bagi kandungan di tiub yang kecil dan belum pecah, pembedahan salpingostomi boleh dilakukan di mana janin dan uri dapat dikeluarkan tanpa membuang tiub fallopio berkenaan,’’ kata Dr. Chew.
Pembedahan juga boleh dilakukan melalui laparoskopi operative untuk pesakit yang stabil. Pembedahan membuang rahim (histerektomi) mungkin terpaksa dilakukan jika berlaku pendarahan yang tidak dikawal dalam kes kandungan di pangkal rahim.
Rawatan dengan ubat seperti methotrexate boleh diberikan untuk kes-kes tertentu sekiranya kandungan luar rahim kecil dan pesakit itu berada dalam keadaan stabil dan menepati beberapa kriteria ketat.
Kandungan akan datang?
Peluang untuk mengandung semula bergantung kepada keadaan tiub fallopio yang kini tinggal sebelah.
Jika tiub tersebut berada dalam keadaan yang baik, seseorang wanita itu mempunyai 50 peratus peluang untuk mengandung lagi. Pada masa yang sama, kemungkinan berulangnya kandungan luar rahim adalah 10 peratus.
Ini bermakna, seseorang wanita yang pernah mengalami kandungan luar rahim harus berjumpa doktor dari awal kehamilan setiap kali mengandung.
Saranan Dr. Chew: ‘‘Kebanyakan kes kandungan luar rahim tidak dapat dielakkan. Akan tetapi, kandungan di tiub fallopio dapat dicegah sekiranya keadaan yang menyebabkan kerosakan pada tiub fallopio seperti PID dapat dirawat awal.
‘‘Anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor jika hamil dan mengalami tanda-tanda mengandung luar rahim. Diagnosis dan rawatan awal dapat mengelakkan komplikasi teruk.’’

1 comment:

  1. very good info.
    sharing is caring.
    nway,welcome to the blogging world.
    x sangka zura ada gak blog.hehehe

    ReplyDelete

** WeLcOmE tO My BlOg Ya!!! **

Trm ksh kpd yg sudi menjengah blog aku ini. Hanya blog biase, tiada yg istimewa! Blog ini hanya sekadar tmpt aku menulis, tmpt aku merapu. Jgk tmpt tmn2 terakrabku bertandang. Bkn utk diwar2kan kpd sspe atau mempromosikan ape2. TIDAK PERLU utk sume org tahu akn kewujudan blog ini jgk. So. Kpd yg TERsinggah & TERbace tu trm ksh jgk krn sudi menjengah. Yg tak sudi tu silalah duduk diam2 atau keluar saje drp blog ini, krn TIADA sspe yg MEMAKSA anda dtg ke blog ini. Jika kite boleh berkawan itu lebih baik. Salam perkenalan. Hrp maklum. SARANGHEO!

Related Posts with Thumbnails
Related Posts with Thumbnails