Monday, October 4, 2010

Set Bersalin HPA

Salam.
Sbnrnya aku nk kongsikan pglmn aku smsa bersalin dulu.
Seorang lelaki memndang aku yg ms tu mgndg lbh kurang 8 bln.
Dia bertanya "awk dh ader brgn set slps bersalin?".
Aku jwb "lom beli lg tp dh plan nk beli".
Terus masa tu dia tunjukkan set bersalin spt gambar yg di atas.
Dia der ceritakan pd aku pglmn isterinya yg m'gunakan set bersalin yg sama.
Katanya isterinya sgt puas ati wpon sblm2 tu m'gunakan produk yg lbh mahal & glamour pd nama.
Aku bincang ngan somi & dia ikut saje.
Slps bersalin aku gunakan spt yg di dalam arahan.
Yg terkejutnya, nurse yg dtg cek aku mengatakan rahim aku dh kecut dlm masa smggu!
Kata nurse lg rahim aku mengecut dgn cpt!
Alhamdulillah, mgkn ksn set bersalin yg aku gunakan.
Dan yg plg aku syukur sgt, dgn minyak bayi, anak aku yg pada masa itu kecil lg higgalah dia berusia setahun, percaya @ tidak, dia tidak pernah mengalami kembung perut walau sekali!!!!
n
Alhamdulillah.
Jikalau aku ditakdirkan mempunyai anak lg, aku akan menggunakan lagi set bersalin yg sama.
Sepupuku jgk mengakui minyak bayi yg digunakan sgt berkesan.
Bayinya yg sblm ini menggunakan minyak lain, tetapi mengalami kembung, setelah aku syorkan kpdnya minyak keluaran HPA utk bayinya, Alhamdulillah, anaknya tidak pernah kembung lg.
Kirenya aku puas hati lah dgn set bersalin ni...
Nak tau dgn lbh lanjut, baca di bawah ini ape dia Set Bersalin HPA.

SET BERSALIN HPA
Set bersalin adalah ramuan yang lengkap khusus untuk wanita yang baru melahirkan anak. Set ini dirumus khas untuk khasiat seperti berikut:-
1. Mengelakkan masalah kebas kaki dan tangan. Keadaan ini berlaku oleh pendarahan yang banyak semasa melahirkan anak sehingga tubuh badan menjadi sejuk.
2. Mempercepatkan kesembuhan dan merawat luka dan pendarahan semasa melahirkan anak.
3. Mengembalikan kekuatan yang hilang akibat pendarahan semasa melahirkan anak.
4. Mengecutkan rahim dan mengembalikan kepada keadaan yang normal.
5. Menghilangkan sakit batu meriyan.
6. Membantu untuk mengeluarkan angin dalam badan.
7. Membantu melawaskan pembuangan air besar.
8. Mengatasi masalah bayi kembung perut, senak dll.
Set bersalin mengandungi:-
Minyak Barut (2 unit).
Gunakan minyak ini untuk mengelakkan kemasukan angin. Sapukan pada seluruh tubuh terutama di perut serta sendi-sendi yang lenguh.
Minyak Bayi (2 unit).
Gunakan pada bayi untuk senak, kembung perut, sering menangis pada waktu malam. Sapukan pada perut dan dada.
Teh Herba (1 unit).
Minuman berherba yang bertindak sabagai penyembuh luka dalam dan juga berkhasiat untuk mengembalikan kesihatan dan kesegaran.
Ubat Periuk (4 bunjut X 12 hari).
Rebus 1 bunjut bersama dengan 600ml air dengan api yang perlahan sehingga mendidih. Minum 1 cawan teh untuk 2 kali sehari pada pagi dan petang. Satu bungkus boleh diminum selama 3 hari.
Kapsul Wanita A & B.
Diambil selepas meminum ubat periuk. Amalkan satu kapsul A dan satu kapsul B setiap malam.
Ubat Basuh (Kegunaan Luar).
Rebus ubat ini dengan air melebihi sukatan herba yang sedia ada dengan api yang perlahan. Basuh di kawasan peranakan setiap pagi selama satu minggu selepas hari ke-40 selepas bersalin.
Spirulina.
Digunakan untuk menghindari sembelit, memperbaiki penghadaman dan penyerapan. Spirulina juga bertindak sebagai pencuci kolon dan sekaligus mengeluarkan keracunan dalam badan. Selain itu, spirulina juga memberi tenaga. Amalkan 2 kapsul pada waktu pagi dan 2 kapsul pada waktu malam selepas makan.
Tambahan Info:
1. Ubat Periuk (4 bunjut)
-menggunakan campuran pelbagai herba terpilih seperti pokok kacip fatimah bagi mengembalikan perca peranakan wanita dan membersihkan darah nifas.
Peringatan : 1 bunjut untuk 3 hari sahaja. Diambil selepas 3 hari bersalin bermula hari keempat hingga hari ke – 15. Minum 3 kali sehari iaitu sebanyak setengah cawan teh biasa. Ubat ini akan mengeluarkan banyak darah nifas yang kadang kala berketul-ketul.
2. Herba Sihat Wanita A dan Herba Sihat Wanita B
- Bermula pada hari ke- 16. Cara pengambilan – Herba Sihat Wanita A ( I pagi dan 1 malam) dan Herba Sihat Wanita B juga dalam dos yang sama.
3. Spirulina
- 1 kapsul pada waktu pagi dan 1 kapsul malam. Penggunaan selama 15 hari bermula pada hari ke- 4 hingga hari ke- 19.
4. Minyak Barut
- Penggunaan minyak barut adalah untuk mencegah kemasukan angin. sapu minyak barut pada perut dan ari-ari serta sendi-sendi yang lenguh seperti betis dan kaki. Minyak ini amat sesuai digunakan sebagai minyak urut.
5. Minyak Bayi
- Gunakan minyak ini untuk senak dan kembung dan sebagai minyak urutan bayi.
6. Teh Herba
- Diramukan daripada pokok Cantella asiatica (pegaga) untuk membantu mempercepatkan penyembuhan luka dalaman dan merawat penyakit kuning. Masukkan satu uncang teh ke dalam segelas air suam dan tutup gelas tersebut dan minum selepas 10 minit pada hari pertama selepas bersalin. Teh herba ini juga baik untuk kesegaran badan dan mengelakkan daripada sembelit. Satu kotak mengandungi 35 uncang untuk lebih sebulan.
7. Ubat Basuh
- Hendaklah digunakan selepas 40 hari bersalin. Rebus ubat basuh dengan api yang perlahan. Basuh di kawasan peranakan setiap pagi selama 7 hari berturut-turut.
**Sebagai tambahan ibu-ibu amat digalakkan menggunakan Herba Barut sebagai pelengkap set bersalin yang mengandungi herba yang bertindak sebagai pelawas, mengecutkan peranakan, mencegah kemasukan angin ke ruangan peranakan dan baik untuk mencegah fibroid.
Puluhan ribu ibu-ibu telah mengamalkan set bersalin HPA dan kadar pengulangannya amat tinggi yang membuktikan kemujaraban produk ini. Gunakannya dengan penuh keyakinan demi mengembalikan kemudaan tubuh dan kebahagiaan rumah tangga.
Dapatkannya di pasaran.

No comments:

Post a Comment

** WeLcOmE tO My BlOg Ya!!! **

Trm ksh kpd yg sudi menjengah blog aku ini. Hanya blog biase, tiada yg istimewa! Blog ini hanya sekadar tmpt aku menulis, tmpt aku merapu. Jgk tmpt tmn2 terakrabku bertandang. Bkn utk diwar2kan kpd sspe atau mempromosikan ape2. TIDAK PERLU utk sume org tahu akn kewujudan blog ini jgk. So. Kpd yg TERsinggah & TERbace tu trm ksh jgk krn sudi menjengah. Yg tak sudi tu silalah duduk diam2 atau keluar saje drp blog ini, krn TIADA sspe yg MEMAKSA anda dtg ke blog ini. Jika kite boleh berkawan itu lebih baik. Salam perkenalan. Hrp maklum. SARANGHEO!

Related Posts with Thumbnails
Related Posts with Thumbnails